Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan “Hussein Digital Skills Competition 2025 (HDS C2025)” pada 6 hingga 30 Oktober 2025. Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua peringkat seperti butiran berikut:
(i) Pusingan Awal, Tarikh : 6 -17 Oktober 2025
Masa : 9:00 pagi -5:00 petang (jadual sesi akan diberikan kepada setiap peserta kemudian)
Lokasi : Dalam talian
Modul : Spreedsheet
(ii) Pusingan Akhir, Tarikh : 30 Oktober 2025
Masa : 10:00 paagi-11:00 pagi
Lokasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Modul : Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
Untuk makluman, penganjuran HDSC 2025 ini bertujuan untuk melengkapkan kemahiran digital dikalangan generasi muda berusia antara 17 hingga 25 tahun melalui program pensijilan ICDL yang diiktiraf di peringkat global. Pertandingan ini akan menggunakan sepenuhnya modul kompetensi daripada International Certification in Digital Literacy (ICDL), program penanda aras kepada asas kecekapan digital dalam pendidikan dan di tempat kerja. Program ini mensasarkan penyertaan pelajar-pelajar dari program pengajian sijil/diploma/sarjana muda dari institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia dan antarabangsa, termasuk politeknik, kolej komuniti, kolej kemahiran serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Dr Emedya Murniwaty Samsudin (019-7986937) atau Saudari Nurul Haziqah Binti Din (017-5744473), atau melalui email husseindigitalskill@gmail.com