• Centre for Internship Training and Academic enrichment (CITrA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

<

BENGKEL TOT KURSUS ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN  - SEMESTER 1 SESI 2021/2022 - 7 OKTOBER 2021 - NORÁIDAH MOHD IBRAHIM

Pada 7 Oktober 2021 telah diadakan Bengkel ToT kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan yang dijalankan secara hibrid memandangkan kita masih lagi berada di dalam fasa Pelan Pemulihan Negara. Penyertaan bengkel kali ini terdiri daripada 4 orang Pensyarah CITrA dan 3 orang pensyarah sambilan (Dr. Janitha Nadarajah, Puan Nurul Azwa Hussein dan Puan Noryati) bagi semester 1 sesi 2021/2022.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan serta gerak kerja pengajaran kursus APK dalam norma baru PPN kepada semua pensyarah. Penerangan lebih terperinci merangkumi borang-borang, komponen serta bahan pengajaran telah dimaklumkan kepada semua pensyarah.

Pengendalian pengajaran pada kali ini juga adalah sama seperti semester lepas di mana ianya akan dijalankan secara online. Pada minggu pertama yang bermula pada 18 Oktober 2021 adalah minggu pengenalan antara pelajar dan pensayarah. Pada 4 minggu berikutnya pula adalah sesi Mass Lecture yang akan dikendalikan oleh Dr. Serrene Leong, Dr. Ponmalar, Dr. Wong Seng Yue dan Dr Irene Yong. Pengajaran pada minggu seterusnya adalah sesi kuliah yang berjalan seperti biasa.

Dr Serrene, Penyelaras kursus APK sedang bersedia untuk memulakan sesi taklimat.

bbbbb

bbbbb

Pensyarah kursus APK CITrA  sedang khusyuk mengikuti taklimat.

bbbbb

Dr Serrene sedang memberi taklimat berkaitan kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan kepada Pensyarah dan Pensyarah sambilan semester 1 sesi 2021/2022.

M

M

Pensyarah sambilan yang terlibat dalam Bengkel APK secara hibrid (Dr Janitha, Puan Nurul Azwa dan Puan Noryati):

<

Highlights

Last Update: 06/04/2022