• Centre for Integral Learning (CITRA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

Kod Kursus /

Course Code

Tajuk Kursus / Course Title

Sinopsis / Synopsis

Bahasa Pengantar /

Pemberatan Penilaian 

Medium of Instruction /

Assessment Weightage

 

GIG1013

 

(2 Kredit)

 

Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)

 

Kelompok MPU: U1

 

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini (pengajaran & pembelajaran).

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 70%

Peperiksaan Akhir: 30%

 

 

 

Malay and English

Continuous Assessment:70%

Final Examination:30%

 

Appreciation of Ethics and Civilisations

 

Note : Offer to local and International students

 

 

 

 

This course prepares students to appreciate the ethics and civilization that exists in the multi-ethnic society in Malaysia to strengthen their critical and analytical thinking to deal with a more challenging life. The content of this course focuses on the appreciation of ethics and civilization in the Malaysian mold. Students will be exposed to the dynamics of the concept of ethics and civilization which is a strength to the formation of Malaysia based on the timeline of its historical evolution from the pre-colonial to the post-colonial era. An understanding of the formation of ethics and civilization in a diverse society is discussed to enhance the appreciation of ethics and civilization towards strengthening national unity and the Malaysian nation. Malaysian mold civilization needs to be peeled and debated in academic activities guided by the Federal Constitution as a site of integration and a vehicle of ethics and civilization. The construction of national unity is strongly influenced by globalization and the development of complex information and communication technologies. Therefore, the appreciation of ethics and civilization reveals the behavior of social responsibility and is mobilized at the individual, family, community, community, and national levels. Thus, the changes that have taken place in society and the direct development of the economy have brought new challenges in strengthening the sustainability of ethics and civilization in Malaysia. High Impact Education Practices (HIEPs) are practiced in teaching and learning to deepen this course (teaching & learning).

  

Last Update: 30/06/2021