• Internship Training and Academic Enrichment Centre (CITrA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

 

KOD KURSUS

TAJUK KURSUS / KELOMPOK MPU

SINOPSIS

BAHASA PENGANTAR / PEMBERATAN PENILAIAN

GIG1013

(2 Kredit)

Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)

Kelompok MPU: U1


Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini mefokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban  dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini (pengajaran & pembelajaran).

Bahasa Melayu (pelajar warganegara) / Bahasa Inggeris (pelajar bukan warganegara)

Penilaian Berterusan: 70%

Peperiksaan Akhir: 30%

COURSE CODE

COURSE TITLE

SYNOPSIS

MEDIUM OF INSTRUCTION / ASSESMENT WEIGHTAGE 

GIG1013

(2 Credits)

Appreciation of Ethics and Civilisations

Note: Offer to local and International students

This course prepares students to appreciate the ethics and civilization that exists in the multi-ethnic society in Malaysia to strengthen their critical and analytical thinking to deal with a mor challenging life. The content of this course focuses on the appreciation of ethics and civilization in the Malaysian mold. Students will be exposed to the dynamics of the concept of ethics and civilization whih is a strenght to the formation of Malaysia based in the timeline of its historical evolution from the pre-colonial to the post-colonial era. An understanding of the formation of ethics and civilization in a diverse society is discussed to enhance the appreciation of ethics and civilization towards strengthening national unity and the Malaysian nation. Malaysian mold civilization needs to be peeled an debted in academic activities guided by the Federal Constitution as a site of integration and a vehicle of ethics and civilization. The construction of national unity is strongly influenced by globalization and the development of complex information and communication technologies. Therefore, the appreciation of ethics and civilization reveals the behavior of social responsibility and is mobilized at the individual, family, community and national levels. Thus, the changes that have taken place in society and the direct development of the economy have brought new challenges in strengthening the sustainability of ethics and civilization in Malaysia. High Impact Education Practices (HIEPs) are practiced in teaching and learning to deepen this course (teaching & learning).

Malay and English

Continuous Assessment: 70%

Final Examination: 30%

 

Last Update: 13/05/2022