Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Penyelaras SULAM PTj
Pensyarah dan Pentadbir SULAM PTj
JEMPUTAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (ToT) SULAM 2.0
Dengan hormatnya merujuk kepada di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembelajaran Integral (CITRA) akan menganjurkan bengkel Training of Trainers (ToT) SULAM 2.0 kepada semua penyelaras, pensyarah dan pentadbir yang mengendalikan Projek SULAM di PTj masing-masing.
3. Untuk makluman, bengkel Training of Trainers (ToT) SULAM 2.0 adalah merupakan insiatif strategik untuk memperkukuhkan kefahaman penyelaras, pensyarah dan pentadbir SULAM bagi meningkatkan kemahiran dalam merancang, melaksanakan, dan menilai projek SULAM di PTj masing-masing. Maklumat bengkel adalah seperti di bawah:
Tarikh : 11 September 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik Seminar CITRA, Aras 2, Bangunan CITRA, UM
4. Bersama-sama ini dilampirkan poster dan pengesahan kehadiran di pautan https://forms.gle/aNDSd4gRXHDTkUar7 selewat-lewatnya pada 4 September 2025. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan bagi menjayakan bengkel ini amatlah dihargai,
Sekian, terima kasih.