• Welcome to Centre for Integral Learning (CITRA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

Pada 8 Oktober 2021, Semester 1 Sesi 2021/2022, CITra telah menganjurkan satu Bengkel (Tot) Kursus Jalinan Masyarakat & Sulam secara atas talian bagi semua Penyelaras JM Semester 1 Sesi 2021/2022 dan Penyelaras SULAM.

Sesi pada kali ini melibatkan seramai 5 orang Penyelaras JM dan 18 orang Penyelaras Sulam setiap Fakulti. Untuk bengkel ini, 3 orang tenaga pengajar telah ditugaskan untuk memberi tunjuk-ajar kepada penyelaras JM dan SULAM. Tenaga pengajar terdiri daripada daripada Dr. Wendy (Pengarah CITra) dan En Fadhli (Penolong Pegawai Tadbir, CITra) dan Dr. Visha (Penyelaras SULAM, UM).

Tujuan bengkel diadakan bagi memberi pendedahan dan latihan berkaitan pelaksanaan gerak kerja kursus JM dan SULAM secara Hibrid khususnya dalam tempoh endemik Covid-19 kepada semua Penyelaras untuk dipraktikkan di peringkat PTj masing-masing. Selain itu, semua penyelaras turut diajar cara-cara untuk melengkapkan borang-borang yang berkaitan, bagi memastikan maklumat yang diberi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak CITrA. 

Selain itu, pihak CITrA juga telah menjemput Dr. Farrah Dina, Penyelaras Projek (Kesedaran Bahaya Terhadap Orang Asing) untuk Perkongsian Projek dan Tips Memenangi Kategori Projek e-SULAM INNOVATE 2021. Sedikit-sebanyak perkongsian tersebut dapat memberi idea dan tips kepada semua penyelaras dalam melaksanakan projek SULAM.

Melalui bengkel ini, semua pensyarah berpeluang untuk perkongsi projek komuniti yang telah mereka laksanakan. Berbagai persoalan dan cadangan berkaitan pelakasanaan projek komuniti telah diperbincangankan dalam bengkel bagi menambahbaik pelaksanaan projek JM dan SULAM untuk masa akan datang.

Prof. Madya Dr. Wendy, Pengarah CITrA, menyampaikan kata-kata aluan kepada semua Penyelaras JM & SULAM dari setiap Fakulti/Ptj

Prof. Madya Dr. Visha berkongsi maklumat berkaitan Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) kepada semua penyelaras JM dan SULAM

En. Fadhli berkongsi maklumat berkaitan pengisian Borang Jalinan Masyarakat dan SULAM kepada semua penyelaras

Sesi Slot Perkongsian Projek dan Tips Memenangi Kategori Projek e-SULAM INNOVATE 2021 oleh Prof. Madya Dr. Farrah Dina, Penyelaras Projek (Kesedaran Bahaya Terhadap Orang Asing)

Highlights