• Welcome to Internship Training and Academic Enrichment Centre (CITrA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

KURSUS GIG1013 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEP) SEMESTER I, SESI 2021/2022

CITrA telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) secara atas talian untuk Kursus GIG1013 - Penghayatan Etika dan Peradaban pada hari Khamis, 7 Oktober 2021. Bengkel ini melibatkan semua pensyarah CITrA serta pensyarah sambilan yg dilantik bagi Semester 1, 2021/2022.

Fokus bengkel adalah memberi pendedahan dan maklumat terkini mengenai pelaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus GIG1013 - Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP) pada Semester 1, 2021/2022. Kursus ini merupakan salah satu kursus Matapelajaran Umum (MPU) yang ditawarkan pada setiap semester di Universiti Malaya.

Bengkel ini turut disusuli dengan beberapa siri taklimat mengenai hal-hal berkaiatan kualiti termasuklah keperluan melengkapkan dokumen secara e-fail, penggunan SPEcTRUM serta perbincangan mengenai kaedah dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Bengke yang bermula pada jam 10.30 pagi selesai dengan sempurna pada jam 11.30 pagi.


 

BENGKEL TOT KURSUS GIG1012 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS SEMESTER 1, SESI 2021/2022)

CITrA telah menganjurkan Bengkel Training of trainers (ToT) secara atas talian untuk Kursus GIG1012 Falsafah dan isu Semasa pada hari Khamis, 7 Oktober 2021. Bengkel ini melibatkan semua pensyarah CITrA serta pensyarah sambilan yang dilantik bagi Semester 1, 2021/2022.

Fokus bengkel adalah memberi pendedahan dan maklumat terkini mengenai pelaksanaan dalam pengajaran dan pembelajran kursus GIG1012 Falsafah dan Isu Semasa pada Semester 1, 2021/2022. Kursus ini merupakan salah satu kursus Matapelajaran Umum (MPU) yang ditawarkan pada setiap semester di Universiti Malaya.

Bengkel ini turut disusuli dengan beberapa siri taklimat mengenai hal-hal berkaitan kualiti termasuklah keperluan melengkapkan dokumen secara e-fail, penggunaan SPEcTRUM serta perbincangan mengenai kaedah dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Bengkel yang bermula pada jam 9.00 pagi selesai dengan sempurna pada jam 10.00 pagi.

Highlights