CITrA telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) untuk Kursus GIG1013 Penghayatan Etika dan Peradaban, Kursus GIG1012 Falsafah dan Isu Semasa, dan Kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat pada hari Rabu, 28 Februari 2024. Manakala ToT untuk Kursus GIG1003 Asas Pembudayaan Keusahawanan telah dibuat pada hari Selasa, 27 Februari 2024. Bengkel ini melibatkan semua pensyarah CITrA serta pensyarah sambilan yang dilantik bagi Semester 2, Sesi 2023/2024.
Fokus bengkel adalah memberi pendedahan dan maklumat terkini mengenai pelaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus universiti yang akan ditawarkan pada Semester 2, Sesi 2023/2024. Kursus-kursus ini merupakan salah satu kursus dalam Matapelajaran Umum (MPU) yang ditawarkan pada setiap semester di Universiti Malaya.
Selain itu, bengkel ini turut disusuli dengan beberapa sesi taklimat mengenai hal-hal berkaitan kualiti termasuk keperluan melengkapkan dokumen secara e-fail, penggunaan SPEcTRUM, iPAcS UM dan hal-hal yang berkaitan. Bengkel yang bermula pada jam 9.00 pagi selesai dengan sempurna pada jam 12.00 tengah hari.