• Welcome to Centre for Integral Learning (CITRA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

Sukacita dimaklumkan, 11 Jun 2024 (Selasa) telah berlangsung Sesi Pembentangan Akhir Pertandingan Projek SULAM UM 2024 bagi 5 Finalis Terbaik daripada 59 penyertaan bagi penentuan pemenang. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Integral (CITRA) bagi mengiktiraf pelaksanaan khidmat komuniti yang berimpak tinggi yang telah dijalankan oleh pihak pelajar dan pensyarah bersama orang awam, NGO, industri dan agensi yang berkaitan samaada secara bersemuka ataupaun secara atas talian. Selain itu, sebagai panduan kepada pelajar dan pensyarah dalam merancang dan menjalankan aktiviti khidmat komuniti yang lebih tersusun dan berimpak tinggi untuk masa akan datang. 

 

Bagi Kategori Projek SULAM Terbaik kesemua finalis telah dinilai berdasarkan Kriteria Penilaian dibawah: 
  • Keaslian projek dan/atau idea 

  • Kreativiti dan inovasi yang diketengahkan

  • Potensi projek tersebut untuk diteruskan

  • Kolaborasi dengan pihak industri, agensi dan/atau NGO

  • Kesan projek tersebut ke atas pembelajaran pelajar (pengetahuan, kemahiran dan sikap)

  • Manfaat projek tersebut ke atas komuniti yang telah dikenalpasti

Bagi Kategori Anugerah Pembentangan Terbaik, Kriteria Penilaian adalah berdasarkan: 
  • Persembahan grafik atau kualiti item/material projek contohnya bahan pameran, video dan lain-lain yang dipersembahkan

  • Kreativiti

  • Penyampaian

  • Turutan Maklumat (Sequencing of information)

  • Respons kepada pertanyaan

Berikut adalah Pemenang-Pemenang Pertandingan Projek SULAM UM 2024 mengikut kategori yang telah dipertandingkan:
Kategori Projek SULAM Terbaik

Tempat Pertama - Projek: Fun-Tas-Tics: Fun activities with Toddlers, Adults & Sustainers for the Autistics

Fakulti: Pergigian  Ketua Kumpulan:   Lelayani Thanapalan, Penyelia Projek: Prof. Madya Dr. Lily Azura Shoaib

Tempat Kedua - Projek: ES4FS - PROGRAM PEMERKASAAN SAINS TANAH LESTARI UNTUK KETERJAMINAN MAKANAN BERSAMA KOMUNITI JOHOR BAHRU, JOHOR

Fakulti: Sains Ketua Kumpulan: Muhamad Sufyan Haziq Bin Mohd Fanizan, Penyelia Projek: Prof, Madya. Dr. Rosazlin Abdullah

Tempat Ketiga - Projek: Program Henti, Elak, Basmi, Asap Tembakau (HEBAT) 10.0

Fakulti: Sains Ketua Kumpulan: John Paul Sim Yong Ming, Penyelia Projek: Prof. Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin

Saguhati - Projek: Senyum Sama Samaritan

Fakulti: Perubatan Ketua Kumpulan: Nur Aimi Binti Abdul Razak, Penyelia Projek: Prof. Dr. Norintan Binti Ab Murat

Saguhati - Projek: Geology Interaction Day (GID)

Fakulti: Sains Ketua Kumpulan: Ajmal Hakim Bin Razmin, Penyelia Projek: Dr. Ahmad Farid Bin Abu Bakar

Kategori Anugerah Pembentangan Terbaik

Anugerah Pembentangan Terbaik - Projek: Senyum Sama Samaritan

Fakulti: Pergigian Ketua Kumpulan: Nur Aimi Binti Abdul Razak, Penyelia Projek: Prof. Dr. Norintan Binti Ab Murat

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang. Bagi peserta yang tidak berjaya jangan bersedih hati, tuan/puan boleh mencuba lagi untuk sesi pertandingan SULAM di peringkat Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) yang akan datang.
Disini pihak CITRA ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan dan usaha pihak tuan/puan dalam menjayakan pertandingan ini. Bagi mengikuti rakaman Sesi Pembentangan Projek SULAM UM 2024, tuan/puan boleh layari Facebook UM: https://fb.watch/sENhGj_Y0b/ atau Youtube UM :
 
Bersama ini juga dikongsikan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung seperti lampiran dibawah.

Sekian, terima kasih.

Highlights