• Welcome to Centre for Integral Learning (CITRA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
 

Pada 23.9.2021, Pemangku Pendaftar Universiti Malaya telah membuat hebahan tentang perlaksanaan Program Gotong Royong Perdana seluruh kampus mengikut PTj/Jabatan masing-masing yang akan dilaksanakan pada 6.10.2021.

Program Gotong Royong peringkat CITrA telah dimulai dengan  sesi perbincangan bagi Portfolio TNC (A&A) /Canseleri yang berlangsung pada Hari Isnin, 4.10.2021 (10 am – 12 pm)  secara online.

Bagi melancarkan perjalanan program, pihak CITrA membuat keputusan untuk menggunakan peruntukan CITrA bagi pembelian peralatan gotong royong mengecat (parkir kereta, tiang papan tanda dan bahu jalan) serta makan minum seperti berikut:

  1. Berus Cat &  Penggelek Cat   
  2. Dulang cat
  3. Scrapper – pembersih cat permukaan
  4. Cat Kuning, Hitam dan putih
  5. Tinner peluntur cat
  6. Sarung Tangan 
  7. Penyapu tanah/keras dalam 3 unit serta plastik sampah

Aktiviti dilaksanakan pada 6.10.2021,  jam 9.00 pagi dengan sedikit taklimat oleh Encik Ahmad Rudin bin Giman. Program ditamatkan pada jam 12.00 tengahari. Pengarah CITrA,  Prof. Madya. Dr. Wendy Yee Mei Tien dan Timbalan Pengarah Dr. Ponmalar Alagappar bersama-sama pensyarah dan Staf pentadbiran turut serta dalam memeriahkan program ini.
 

Encik Ahmad Rudin bin Giman memberi taklimat ringkas di awal program.

Peserta-peserta gotong royong dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama melakukan kerja-kerja menyapu sampah/pasir,  membersihkan/scrapping kesan cat dan mengecat bahu jalan (warna hitam dan putih) di hadapan bangunan CITrA. Mereka ialah Encik Mohd Fadhli (Ketua), Prof. Madya Dr. Wendy Yee Mei Tien, Dr. Serrene Leong, Cik Hartini Mohamed, Puan Faridah Che Husain, Dr. Wong Seng Yue, Puan Nor’ Aidah Mohd Ibrahim, Encik Ahmad Herman Nordin  dan Dr. Noor Ain Mat Noor.

Kumpulan kedua pula melakukan kerja-kerja menyapu sampah/pasir dan mengecat garisan parkir  (Warna Kuning) di belakang bangunan CITrA.  Mereka terdiri dari Encik Ahmad Rudin bin Giman (Ketua),  Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Dr. Irene Yong Seok Ching, Dr. Ponmalar Alagappar, Dr. Fatimi Hanafi, Cik Nurhafizah Jafri, Puan Norazlita Mohd Talib, Puan Nur Fatihah Md. Aziz dan Encik Mohamad Faiz Bin Abdul Razak.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)  Professor Dr. Kamila Ghazali  dan   Penolong Timbalan Naib Canselor (Jaringan Global) Professor Dr. Yong Zulina Zubairi turut hadir meninjau suasana program tersebut.


​​​Aturcara Gotong Royong di CITrA adalah seperti berikut:

8.30 pagi - 9.00                  -  Sarapan Pagi 

9.00 pagi - 9.10                  -  Taklimat Ringkas gotong-royong oleh En. Ahmad Rudin 

9.10 pagi - 1.00                  -  Mula menjalankan gotong-royong di kawasan yang telah diagihkan 

1.00 ptg  - 2.30 ptg             -  Makan Tengahari /Rehat 

2.30 ptg - 3.00 petang        -  Mengemas dan membersihkan peralatan Gotong Royong.    

                         

Highlights