• Centre for Integral Learning (CITRA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

2. KURSUS KO-KURIKULUM

Senarai penawaran kursus Ko-Kurikulum mengikut kategori Kohort:

Kohort LamaKohort Baru
  • GKA1001 Attach@Industry | Sangkutan@Industri
  • GKI1001 Independent Research | Penyelidikan Bebas
  • GKP1001 Talent Development | Pembangunan Bakat
  • GKK1001 Community Service | Khidmat Komuniti
  • GKU1001 Enterpreneurship | Keusahawanan
  • GKS1001 Volunteerism | Kesukarelawanan
  • GKP1002 Talent Development | Pembangunan Bakat
  • GKK1002 Community Service and Volunteerism | Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan
  • GKU1002 Entrepreneurship and Innovation | Keusahawanan dan Inovasi
  • GKP1003 Leadership | Kepimpinan

Senarai & Penerangan Kursus Kokurikulum

Kod KursusTajuk Kursus / Kelompok MPUSinopsisBahasa / Penilaian
GKA1001
(2 kredit)
Attach@Industry | Sangkalan@Industri

Kelompok MPU: U4
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar seawal tahun pertama mengenai alam pekerjaan. Pelajar akan menjalani latihan/bekerja dengan pihak syarikat agar mendapat pendedahan mengenai aspek-aspek pentadbiran, pengurusan dan pengoperasian syarikat. Pelajar akan memperolehi pengalaman bekerja yang akan membantu dari segi persediaan psikologi untuk alam pekerjaan dan meningkatkan kadar kebolehpasaran.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKI1001
(2 kredit)
Independent Research | Penyelidikan Bebas

Kelompok MPU: U4
Kursus ini memerlukan pelajar menjalankan projek penyelidikan dalam topik yang dipilih. Para pelajar akan dilatih dan dibimbing oleh penyelia yang dilantik. Pada akhir kursus, pelajar akan menghasilkan laporan penyelidikan.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKK1001
(2 kredit)
Community Service | Khidmat Komuniti

Kelompok MPU: U4
Kursus ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti atau projek dengan komuniti yang dikenal pasti. Pelajar akan bersama komuniti dan akan menghuraikan kesan daripada projek tersebut kepada komuniti dan diri sendiri. Pelajar juga akan membuat dokumentasi termasuk video dan audio.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKK1002
(2 kredit)
Volunteerism and Community Service | Kesukarelawanan dan Khidmat Komuniti

Kelompok MPU: U4
Kursus ini mendedahkan pelajar untuk menjalankan aktiviti melalui projek / program kesukarelawanan dan khidmat komuniti yang sesuai. Pelajar boleh menjalankan aktiviti khidmat komuniti dan kesukarelawanan secara persendirian atau dalam kumpulan di mana-mana lokasi yang dikenal pasti. Projek tersebut perlu direkodkan melalui dokumentasi video atau audio. Di akhir projek, kesan daripada melaksanakan projek perlu ditentukan.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKP1001
(2 kredit)
Talent Development | Pembangunan Bakat

Kelompok MPU: U4
Kursus ini memberi peluang untuk membangunkan pelbagai kemahiran dan kecekapan melalui aktiviti/ program yang disertai oleh pelajar. Pelajar akan diminta membuat refleksi bagi mencerminkan kemahiran yang diperolehi daripada aktiviti/program yang dijalankan.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKP1002
(2 kredit)
Talent Development | Pembangunan Bakat

Kelompok MPU: U4
Kursus ini memberi peluang untuk membangunkan pelbagai kemahiran dan kecekapan melalui aktiviti/program berteraskan sukan / kebudayaan atau pengucapan awam yang disertai oleh pelajar. Pelajar akan diminta membuat refleksi bagi mencerminkan kemahiran yang diperolehi daripada aktiviti/program yang dijalankan.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKP1003
(2 kredit)
Leadership | Kepimpinan

Kelompok MPU: U4
Kursus ini memberi peluang untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dan kecekapan melalui aktiviti/program yang disertai oleh pelajar. Pelajar akan diminta membuat refleksi bagi mencerminkan kemahiran yang diperolehi daripada aktiviti/program yang dijalankan.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKS1001
(2 kredit)
Volunteerism | Kesukarelawanan

Kelompok MPU: U4
Kursus ini mendedahkan pelajar menjalankan aktiviti kesukarelawanan dengan memilih projek atau program yang sesuai. Pelajar boleh menjalankan aktiviti secara persendirian atau dalam kumpulan di mana-mana lokasi yang dikenal pasti. Projek tersebut perlu direkodkan melalui dokumentasi video atau audio. Di akhir projek, kesan daripada melaksanakan projek perlu ditentukan.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKU1001
(2 kredit)
Entrepreneurship | Keusahawanan

Kelompok MPU: U4
Kursus ini membimbing pelajar untuk membangunkan minda usahawan yang inovatif dengan menyediakan pelan perancangan untuk projek keusahawanan. Penekanan akan diberikan kepada idea keusahawanan, menyediakan pelan perniagaan, mencari sumber pembiayaan, mengetahui cara pendaftaran syarikat yang sah, hak harta intelek dan pendaftaran. Pelajar akan diminta untuk membentangkan strategi yang boleh digunakan untuk merealisasikan projek perniagaan apabila tamat pengajian.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GKU1002
(2 kredit)
Entrepreneurship and Innovation | Keusahawanan dan Inovasi

Kelompok MPU: U4
Kursus ini membimbing pelajar untuk membangunkan minda usahawan yang inovatif mencetuskan idea-idea kreatif melalui daya usaha dan inovasi. Penekanan akan diberikan kepada idea keusahawanan yang inovatif, menyediakan pelan perniagaan, mencari sumber pembiayaan, mengetahui cara pendaftaran syarikat yang sah, hak harta intelek dan pendaftaran. Pelajar akan diminta untuk membentangkan strategi yang boleh digunakan untuk merealisasikan projek perniagaan dan inovasi apabila tamat pengajian.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%

Last Update: 18/09/2026