• Centre for Integral Learning (CITRA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

1. KURSUS UNIVERSITI

KELOMPOKKemasukan sebelum Sesi 2026/2027Kemasukan mulai Sesi 2026/2027
U1 - Appreciation of Philosophy, Values and History | Penghayatan Falsafah, Nilai dan SejarahGIG1012 Philosophy and Current Issues | Falsafah dan Isu Semasa (FIS)

Malay Language Communication 2 | Bahasa Melayu Komunikasi 2
(untuk bukan warganegara)
2GIG1017 Philosophy and Current Challenges | Falsafah dan Cabaran Semasa (FCS)

GIG1018 Citra Malaysia (CM)
(untuk bukan warganegara)
2
GIG1013 Appreciation of Ethics and Civilization | Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)2GIG1019 Malaysian Nation-State Aspiration | Aspirasi Negara Bangsa (ANB)

GLT1049 Bahasa Melayu Komunikasi*
(untuk bukan warganegara)
2
--GIG1016Integrity and Anti-Corruption Course | Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR)2
U2 - Personal Development / Mastering Skills | Pembangunan Peribadi/ Menguasai KemahiranGIG1003Basic Entrepreneurship Enculturation | Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK)2GUL1001
Embrace@UMLEADER
2
--GUL20XX**
Ignite@UMLEADER
2
U3 - Knowledge About Malaysia/Broadening/Knowledge | Pengetahuan Tentang Malaysia/Meluaskan/PengetahuanGIG1016 Integrity and Anti-Corruption Course | Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR)2GIG1003Basic Entrepreneurship Enculturation | Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK)2
U4 - Community Service/Practical Skills | Khidmat Masyarakat/ Kemahiran PraktikalCo-Curriculum | Ko-Kurikulum2Co-Curriculum |Ko-Kurikulum2
GLT Language Course | Kursus Bahasa GLT2 kursus42 kursus4
Kursus SHE2 kursus4--
JUMLAH KREDIT2018

Senarai & Penerangan Kursus Universiti

Kod KursusTajuk Kursus / Kelompok MPUSinopsisBahasa Pengantar / Pemberatan Penilaian
GIG1003
(2 Kredit)
Basic Entrepreneurship Enculturation | Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK)

Kelompok MPU: U2 (lama)
Kelompok MPU: U3 (baru)
Kursus ini bertujuan untuk menerapkan pengetahuan asas keusahawanan di kalangan pelajar. Kandungan kursus meliputi topik-topik kontemporari yang relevan dengan dunia keusahawanan semasa. Diharapkan pendedahan ini dapat membuka minda, memupuk minat dan merangsang semangat keusahawanan pelajar. Antara topik-topik dalam kursus ini termasuklah pengenalan kepada keusahawanan, penghasilan idea, kreativiti dan inovasi, pengenalpastian peluang, kanvas model perniagaan, pengenalan kepada pemasaran digital, penulisan iklan untuk pemasaran digital, perancangan kewangan, dan rancangan perniagaan. Di samping itu, kursus ini juga diperkaya dengan sesi ceramah bersama pemain industri terpilih.Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GIG1012
(2 Kredit)
Philosophy and Current Issues| Falsafah dan Isu Semasa (FIS)

Kelompok MPU: U1
Kursus ini merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin-disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan terkait antara satu sama lain.Bahasa Melayu

Penilaian Berterusan: 100%
GIG1013
(2 Kredit)
Appreciation of Ethics and Civilization | Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)

Kelompok MPU: U1
Kursus ini menerangkan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan sesuatu bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Di hujung kursus ini pelajar akan dapat menghubungkaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik.Bahasa Melayu (pelajar warganegara) / Bahasa Inggeris (pelajar bukan warganegara)

Penilaian Berterusan: 100%
GQX0056 / GIG1016
(2 Kredit)
Integrity and Anti-Corruption | Kursus Integriti dan Anti-Rasuah (KIAR)

Kelompok MPU: U3 (lama)
Kelompok MPU: U1 (baru)
Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, antirasuah, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk pembelajaran berdasarkan pengalaman melalui aktiviti individu dan kumpulan. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah, antirasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GIG1017
(2 Kredit)
Philosophy and Current Issues | Falsafah dan Cabaran Semasa (FCS)Kursus ini menjelaskan asas dan kerangka pemikiran falsafah yang mendasari pembinaan masyarakat Malaysia, dengan menekankan gagasan utama seperti Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Sejahtera, dan Falsafah MADANI. Penggunaan analisis falsafah sebagai alat berfikir diperkenalkan sebagai pendekatan intelektual yang sistematik dalam memahami serta menangani pelbagai cabaran kehidupan semasa. Melalui pendedahan kepada komponen-komponen utama ilmu falsafah, pelajar akan dididik untuk menganalisis isu-isu kontemporari serta mengembangkan keupayaan berfikir secara kritis dan reflektif. Di akhir kursus, pelajar diharapkan mampu menilai serta merumus strategi berasaskan pendekatan falsafah bagi mendepani cabaran masa depan dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang inklusif, sejahtera dan berpandangan jauh.Bahasa Melayu

Penilaian Berterusan: 100%
GIG1018
(2 Kredit)
Malaysian CITRA | Citra Malaysia (CM)Kursus ini menawarkan pengenalan menyeluruh tentang Malaysia yang merangkumi evolusi sejarah, kepelbagaian geografi, kekayaan budaya serta perkembangan sosiopolitik negara. Pelajar akan meneroka pembentukan Malaysia moden, masyarakat berbilang budaya, kepelbagaian bahasa, serta tradisi unik yang berakar daripada kepelbagaian etnik dan agama. Kursus ini juga menekankan seni dan warisan tradisional Malaysia, termasuk elemen yang diiktiraf oleh UNESCO. Pelajar akan memperoleh pengetahuan asas mengenai sistem politik dan pentadbiran Malaysia, struktur persekutuan, serta sistem Raja Berperlembagaan. Di samping itu, kursus ini mengkaji transformasi ekonomi Malaysia, sektor industri utama, serta cabaran semasa dalam konteks pembangunan digital dan mampan. Kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan antarabangsa serta pencapaian globalnya dalam bidang diplomasi, sukan dan perdagangan turut diberi penekanan. Bahagian akhir kursus ini memberi tumpuan kepada prospek masa depan Malaysia, khususnya berkaitan bandar pintar, perubahan iklim, penglibatan belia dan inovasi. Melalui kursus ini, pelajar akan membangunkan pemahaman yang menyeluruh tentang identiti nasional Malaysia serta peranannya yang semakin berkembang di peringkat global. Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, kuliah dan tugasan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan serta mengharapkan realiti kehidupan di Malaysia.Bahasa Inggeris

Penilaian Berterusan: 100%
GIG1019
(2 Kredit)
Malaysian Nation-State Aspiration | Aspirasi Negara Bangsa (ANB)Kursus ini meneroka asas pembentukan dan pembangunan negara bangsa Malaysia yang menekankan kepada elemen kenegaraan, sejarah interaksi etnik, dan keunikan masyarakat Malaysia. Kursus ini turut membincangkan kerangka teori perpaduan, konsep negara bangsa, serta visi Bangsa Malaysia Idaman yang berpaksikan nilai Rukun Negara, Wawasan 2020, Malaysia Madani, dan inisiatif nasional lain. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti semasa merangkumi sentimen kewilayahan dan keserantauan serta cabaran dalam membina masyarakat yang harmoni dan inklusif. Penekanan turut diberikan kepada pengaruh dan kesan teknologi serta perubahan iklim terhadap aspirasi pembangunan negara bangsa, selari dengan agenda pembangunan lestari (SDG). Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus akan memperkukuh pemahaman pelajar tentang aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara progresif dan toleran, menitikberatkan nilai sepunya seperti muhibah, penerimaan, keharmonian, dan perkongsian nilai bersama.Bahasa Melayu

Penilaian Berterusan: 100%

Last Update: 18/09/2026