Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembelajaran Integral (CITRA), Universiti Malaya akan menganjurkan Anugerah Projek SULAM UM 2026 yang bertujuan untuk mengetengahkan projek Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) yang kreatif, inovatif serta memberi impak kepada komuniti dan pembangunan mampan (SDG).
Sehubungan itu, para pelajar adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini dan berkongsi hasil projek SULAM yang telah dilaksanakan bersama komuniti.
Untuk makluman, tarikh permohonan penyertaan adalah bermula 12 Mei 2026 hingga 22 Mei 2026. Walau bagaimanapun, tarikh penghantaran penyertaan telah dilanjutkan sehingga 25 Mei 2026 (Isnin).
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Projek SULAM Terbaik
Anugerah Pembentangan Terbaik
Berita baik buat semua peserta, seramai enam (6) pemenang terbaik akan dibiayai oleh Pusat Pembelajaran Integral (CITRA) bagi menyertai pertandingan antarabangsa secara maya iaitu International Virtual Education, Design and Innovation Idea Competition 2026 (iVEDIIC2026).
Berikut adalah hadiah pertandingan yang bakal dimenangi:
Kategori Pemenang
Projek SULAM Terbaik
Tempat Pertama
RM1,500, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang
Tempat Kedua
RM1,200, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang
Tempat Ketiga
RM900, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang
Saguhati (4 Pemenang)
RM500, Hamper & Sijil x 4 Pemenang
Anugerah Pembentangan Terbaik
RM650, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang
Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
* Tarikh Akhir Penghantaran: 25 Mei 2026
* Sesi Saringan: 3 Jun 2026
* Sesi Pembentangan Projek Terbaik: 18 Jun 2026
Kerjasama dan penyertaan daripada para pelajar amat dialu-alukan bagi memeriahkan pertandingan ini serta memperkasakan budaya pembelajaran berasaskan komuniti di Universiti Malaya.
Sekian, terima kasih.