• Welcome to Centre for Integral Learning (CITRA)
  • citra@um.edu.my
  • 03-79675410
logo
logo

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga kampus,


Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Dr. Azlin Zaiti Zainal telah dilantik sebagai Ketua, Bahagian Kursus Umum dan Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan, Pusat Pembelajaran Integral (CITRA), berkuat kuasa mulai 8 Oktober 2025.
Pihak Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada beliau atas pelantikan ini. Semoga terus komited dalam menerajui kecemerlangan akademik dan antarabangsa Universiti Malaya.


Pada masa yang sama, pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Faridah Che Husain atas khidmat bakti, dedikasi dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam jawatan tersebut.
Segala jasa dan usaha yang telah dicurahkan amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti.




Highlights